Cari Blog Ini

Rabu, 14 Mei 2014

Hari Guru 2014

Selamat Hari Guru buat semua teman & semua guru di Malaysia


Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
16 Mei 2014


SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. 



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;



Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.



Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979

Sabtu, 3 Mei 2014

Setiap malam Selasa jam 8.15 hingga 9.45, sentiasa menghabiskan masa bersama murid-murid tersayang. Mengajar dan mendidik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6. Sempat mengabadikan gambar ketika PdP tersebut. Impianku melihat anak-anak didik berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2014 terutama mata pelajaran yang kuajar BAHASA MELAYU......







Panduan untuk mendalami Tatabahasa UPSR...sila klik TATABAHASA